Blogroll

PERKONGSIAN : CARA MEMOHON RUMAH SELANGORKU



Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan inisiatif rumah mampu iaitu projek Rumah Selangorku milik khusus kepada Penduduk Negeri Selangor sejak tahun 2015 dalam usaha memastikan golongan rendah dan sederhana berpeluang memiliki rumah yang selesa. Projek Rumah Selangorku ini dikendalikan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Rumah Selangorku yang diluluskan sama ada akan dibina oleh Kerajaan Negeri melalui syarikat swasta atau anak syarikat (GLC). Harga yang ditawarkan adalah dari RM42,000 hingga RM250,000 mengikut kelayakan pendapatan seisi rumah. Pembinaan Rumah Selangorku melibatkan geran sebanyak RM100 juta menggunakan wang rezab negeri.
Syarat kelayakan untuk memohon Rumah Selangorku adalah seperti berikut:
  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
  2. Bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D,pendapatan minimum yang ditetapkan adalah RM3001.00 sebulan;
  3. Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000-00 sebulan sahaja dibenarkan permohonan Jenis A manakala pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan sehingga RM10,000 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D;
  4. Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000-00 sebulan adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D. Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan;
  5. Pemohon dibenarkan membuat satu pilihan jenis rumah sahaja semasa membuat permohonan.
  6. Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor;
  7. Moratarium adalah selama 5 tahun, di mana pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
  8. Tujuan pembelian rumah adalah untuk didiami pemohon.
  9. Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih Senarai Menunggu akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon Rumah Selangorku.
Cara untuk mendaftar bagi permohonan Rumah Selangorku?
Pemohon boleh mendaftar secara atas talian di laman web LPHS http://lphs.selangor.gov.my
Pendaftaran secara manual boleh dirujuk pada laman sesawang LPHS seperti berikut; http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/index.php?opt=others_manual
Dokumen-dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran ialah:
  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
  2. Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan;
  3. Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin;
  4. Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;
  5. Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja;
  6. Penyata KWSP (jika ada); dan
  7. Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.
Pemohon boleh menyemak senarai projek Rumah Selangorku di laman web LPHS  
Peringatan ; Sila pastikan lokasi yang dipilih adalah mengikut mukim yang betul dalam sistem pendaftaran.
Jika permohonan telah diproses dan diberi status ‘Senarai Menunggu’, ini bermaksud permohonan adalah tertakluk kepada syarat kelayakan pemohon, stok unit rumah yang ada ditawarkan, jumlah permintaan. Selepas tempoh 2 tahun masih tiada keputusan tawaran maka pendaftaran permohonan baru perlu dibuat semula.
Pihak pemaju akan menghubungi pemohon yang layak melalui surat pemakluman dengan mengkehendaki pemohon mengemukakan ‘Dokumen Sokongan’ yang diperlukan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Semua ‘Dokumen Sokongan’ pemohon yang telah lengkap akan dikemukakan kepada pihak LPHS oleh pemaju bagi tujuan semakan dan pengesahan sebelum surat tawaran dikeluarkan oleh LPHS.
Pemohon juga boleh berdaftar bila-bila masa dan lokasi mengikut mukim yang dikehendaki walaupun permohonan pendaftaran dalam sistem LPHS bagi Rumah Selangorku belum dibuka. Pemohon yang menolak tawaran akan menyebabkan nama pemohon disenaraihitamkan dalam Sistem Pendaftaran Rumah Selangorku selama tempoh 2 tahun. (sumber: http://www.br1m.info/rumah-selangorku/)

CARA KIRA KADAR KELAYAKAN MAKSIMUM PINJAMAN PERUMAHAN


Untuk memiliki rumah pertama bagi setiap orang sudah pasti menjadi impian dan keinginan kerana ia adalah satu aset tetap yang juga sudah pasti menjadi tempat kediaman kita tanpa perlu mengikut peraturan tuan rumah jika menyewa.

Rumah kita sendiri boleh diubahsuai mengikut citarasa kita seperti bentuk atau mengecat kerana ianya kekal milik kita.

Tapi bagaimana untuk memiliki rumah sendiri? mampukah kita membelinya dengan gaji sekarang?
Kali ini admin akan tunjukkan pengiraan kadar kelayakan maksimum pinjaman perumahan berdasarkan gaji kita seperti yang dikongsikan oleh Facebook Syurga Hartanah.
Admin akan gunakan angka lain dari yang disediakan.



~ Admin ambil gaji pokok untuk kebanyakkan graduan lepasan ijazah iaitu RM2800 dan akan kira seperti yang ditunjukkan dalam gambar untuk bank Affin.
Berapakah kelayakan masimum bagi gaji RM2800?



Dalam gambar di atas adalah berapa had maksimam hutang kita pada bank, jika lebih takut kena reject.



Ok, admin ambil gaji bersih = RM2800 - EPF - SOCSO -T AX
                                               =  RM2800 - (14% X RM2800)
                                               = RM2800 - RM392
                                  Jumlah = RM2408



Jadi, gaji bersih anda RM2408
DSR Maksimum bank Affin ada = 60% kerana bawah dari RM5000



Jadi komitmen bulanan anda seperti kereta dan lain
Kereta = RM450
Motosikal= RM200
Total = RM650



Jom kira kelayakan maksimum untuk gaji kasar RM2800.
[(60% X RM2408) - RM650] X 200
= RM158960
Jadi, anda layak membeli rumah harga maksimum RM158960 
Bayaran balik bulanan = RM158960 / 200
                                    = RM794.8 selama 35 tahun.
Gantikan pengiraan dengan gaji anda dan kira jumlah maksimum anda layak buat pinjaman perumahan. Semoga bermanfaat. -Siakapkeli.my

BORANG PERMOHONAN SL1M SKIM LATIHAN 1MALAYSIA ONLINE

Borang Daftar Permohonan SL1M Program Skim Latihan 1Malaysia Online. SL1M merupakan sebuah program untuk mengurangkan kadar pengangguran disamping membantu individu yang bergelar graduan mendapatkan peluang pekerjaan. Program ini turut meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan swasta yang melaksanakan program SL1M sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

S1M

Syarat Kelayakan SL1M
  1. Graduan mestilah Warganegara Malaysia
  2. Graduan berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dan ke atas
  3. Graduan lepasan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau selain daripada Kerajaan Malaysia
  4. Graduan tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan menerima Ijazah atau selepas menerima transkrip keseluruhan peperiksaan
  5. Graduan yang telah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan atau gaji yang diterima
  6. Graduan mestilah berdaftar di JobsMalaysia, Kementerian Sumber Manusia
Borang Pendaftaran Online

BORANG DAFTAR PERMOHONAN RUMAWIP (RUMAH MAMPU MILIK WILAYAH PERSEKUTUAN).

Permohonan ini terbuka kepada individu yang bekerja dan menetap di salah satu daripada ketiga-tiga Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan). Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) diwujudkan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah memiliki rumah pada kadar harga mampu milik.

rumawip

SYARAT KELAYAKAN RUMAWIP
  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun keatas
  • Bekerja atau bermastautin di wilayah persekutuan tidak kurang dari 3 tahun
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM6,000
  • Tidak mempunyai sebarang kediaman atau rumah di Wilayah Persekutuan
BORANG PERUMAHAN RUMAWIP (Rumah Mampu Milik Wilayah Perseketuan)
1. Untuk borang RUMAWIP sila layari: https://rumawip.kwp.gov.my/permohonan-reg.php
2. Selepas mendaftar, pemohon hendaklah mengemaskini Profil Peribadi mereka.
3. Apabila projek telah dibuka untuk permohonan, pemohon hendaklah mengemukakan permohonan secara online. Sila login sistem pendaftaran.
3. Sekiranya permohonan tersebut LAYAK DIPROSES, maka pemohon diminta mengemukakan dokumen sokongan berikut;
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan Pasangan (Suami/Isteri)
  • Salinan Surat Nikah / Sijil Perkahwinan/Surat Cerai / Sijil Kematian
  • Penyata Gaji Terbaru
  • Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan
  • Salinan Bil Elektrik/Air
4. Sekiranya permohonan LAYAK DIUNDI, maka Surat Jemputan menghadiri proses pengundian akan dihantar kepada pemohon melalui e-mel. Sila semak e-mel atau Daftar Masuk sistem untuk melihat status permohonan.
5. Sekiranya Pemohon BERJAYA dalam proses pengundian, Surat Pengesahan akan dihantar melalui e-mel kepada Pemohon.
6. Senarai nama permohon yang berjaya akan diserahkan kepada PEMAJU yang terbabit untuk mengeluarkan Surat Tawaran Pembelian. Urusan seterusnya pihak Pemohon akan berurusan dengan Pemaju sehingga Pemohon berjaya menduduki rumah yang dipohon.