Perkongsian Informasi Masa Kini

Facebook SDK

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Saturday, November 18, 2017

PERKONGSIAN : CARA MEMOHON RUMAH SELANGORKU



Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan inisiatif rumah mampu iaitu projek Rumah Selangorku milik khusus kepada Penduduk Negeri Selangor sejak tahun 2015 dalam usaha memastikan golongan rendah dan sederhana berpeluang memiliki rumah yang selesa. Projek Rumah Selangorku ini dikendalikan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Rumah Selangorku yang diluluskan sama ada akan dibina oleh Kerajaan Negeri melalui syarikat swasta atau anak syarikat (GLC). Harga yang ditawarkan adalah dari RM42,000 hingga RM250,000 mengikut kelayakan pendapatan seisi rumah. Pembinaan Rumah Selangorku melibatkan geran sebanyak RM100 juta menggunakan wang rezab negeri.
Syarat kelayakan untuk memohon Rumah Selangorku adalah seperti berikut:
  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
  2. Bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D,pendapatan minimum yang ditetapkan adalah RM3001.00 sebulan;
  3. Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000-00 sebulan sahaja dibenarkan permohonan Jenis A manakala pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan sehingga RM10,000 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D;
  4. Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000-00 sebulan adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D. Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan;
  5. Pemohon dibenarkan membuat satu pilihan jenis rumah sahaja semasa membuat permohonan.
  6. Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor;
  7. Moratarium adalah selama 5 tahun, di mana pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
  8. Tujuan pembelian rumah adalah untuk didiami pemohon.
  9. Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih Senarai Menunggu akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon Rumah Selangorku.
Cara untuk mendaftar bagi permohonan Rumah Selangorku?
Pemohon boleh mendaftar secara atas talian di laman web LPHS http://lphs.selangor.gov.my
Pendaftaran secara manual boleh dirujuk pada laman sesawang LPHS seperti berikut; http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/index.php?opt=others_manual
Dokumen-dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran ialah:
  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
  2. Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan;
  3. Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin;
  4. Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;
  5. Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja;
  6. Penyata KWSP (jika ada); dan
  7. Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.
Pemohon boleh menyemak senarai projek Rumah Selangorku di laman web LPHS  
Peringatan ; Sila pastikan lokasi yang dipilih adalah mengikut mukim yang betul dalam sistem pendaftaran.
Jika permohonan telah diproses dan diberi status ‘Senarai Menunggu’, ini bermaksud permohonan adalah tertakluk kepada syarat kelayakan pemohon, stok unit rumah yang ada ditawarkan, jumlah permintaan. Selepas tempoh 2 tahun masih tiada keputusan tawaran maka pendaftaran permohonan baru perlu dibuat semula.
Pihak pemaju akan menghubungi pemohon yang layak melalui surat pemakluman dengan mengkehendaki pemohon mengemukakan ‘Dokumen Sokongan’ yang diperlukan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Semua ‘Dokumen Sokongan’ pemohon yang telah lengkap akan dikemukakan kepada pihak LPHS oleh pemaju bagi tujuan semakan dan pengesahan sebelum surat tawaran dikeluarkan oleh LPHS.
Pemohon juga boleh berdaftar bila-bila masa dan lokasi mengikut mukim yang dikehendaki walaupun permohonan pendaftaran dalam sistem LPHS bagi Rumah Selangorku belum dibuka. Pemohon yang menolak tawaran akan menyebabkan nama pemohon disenaraihitamkan dalam Sistem Pendaftaran Rumah Selangorku selama tempoh 2 tahun. (sumber: http://www.br1m.info/rumah-selangorku/)

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages